Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Amaran hujan lebat seluruh Selangor, KL, Putrajaya hingga 9 malam

SHAH ALAM, 22 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 9 malam ini.

Menurut agensi itu di Facebook keadaan sama diramal berlaku di seluruh Negeri Sembilan, Melaka dan beberapa daerah di Perak, Pahang, Johor, Sarawak serta Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :