EXCO Kemajuan Infrastruktur, Pemodenan Pertanian dan Perladangan, Keterjaminan Makanan dan Industri Asas Tani Ir Izham Hashim menjawab soalan ketika sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada 22 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Kerajaan Negeri rancakkan lagi inisiatif pertanian, tarik minat golongan muda

SHAH ALAM, 23 NOV: Kerajaan Negeri akan merancakkan lagi inisiatif pertanian bagi menarik minat lebih ramai golongan muda terlibat dalam bidang berkenaan.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata setakat ini antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah program Farmers Field School (FFS) dan Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP).

“Lebih 6,000 petani kini golongan berusia, kebimbangan kita adalah siapa yang akan menggantikan mereka dan kebanyakan orang muda rata-ratanya tidak minat kerana menganggap kerja ini kotor dan panas.

“Justeru, kita bercadang meningkatkan lagi hasil padi dengan memperkasa lagi program FFS selama enam bulan dan pensijilan myGAP termasuk menggalakkan penggunaan gajet pertanian moden,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Ahli Dewan Negeri Sabak Sallehen Mukhyi berhubung strategi Kerajaan Negeri menggalakkan anak muda terlibat dalam sektor pertanian di sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Izham yang juga wakil rakyat Pandan Indah berkata Kerajaan Negeri juga akan bekerjasama lagi dengan semua pihak termasuk swasta untuk meningkatkan hasil padi.


Pengarang :