Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Citadel Group Tech dan Selangor FC ketika majlis Penajaan Rasmi Citadel Group Tech X Selangor FC di Pusat Latihan Selangor FC, Shah Alam pada 24 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDASUKANKINI

Selangor FC-Citadel kerjasama bangunkan platform digital untuk penyokong

SHAH ALAM, 24 NOV: Selangor FC bekerjasama Citadel Group Technologies dalam membangunkan platform digital bagi memudahkan urusan penyokong pasukan itu.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata platform yang dibangunkan menerusi kerjasama setahun bersama syarikat teknologi itu bakal dilancarkan seawal April depan sempena pelancaran musim baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) Dr Johan Kamal Hamidon berucap ketika majlis Penajaan Rasmi Citadel Group Tech X Selangor FC di Pusat Latihan Selangor FC, Shah Alam pada 24 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Kerjasama ini akan membawa banyak kelebihan kepada penyokong dan beri lebih keselesaan. Kita sudah ada platform sedia ada dan kerjasama ini akan menaik taraf serta memberi jaminan kualiti lebih tinggi.

“Antara kemudahan dinikmati penyokong ialah pembelian makanan secara digital yang dihantar terus kepada penyokong. Kedai cenderamata serta pembelian tiket juga akan ditambah baik. Ini antara teknologi yang akan kita teroka,” kata Dr Johan Kamal Hamidon pada sidang media.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Citadel Group Tech dan Selangor FC ketika majlis Penajaan Rasmi Citadel Group Tech X Selangor FC di Pusat Latihan Selangor FC, Shah Alam pada 24 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Terdahulu Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman antara FAS yang diwakili Johan manakala Citadel Group Technologies diwakili Pengarahnya Frederick Chan Kim Kooi.

Johan berkata FAS juga dalam perancangan melancar aplikasi lengkap dengan teknologi terkini dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Ini dalam perbincangan dan kita tidak mahu sekadar buat sahaja. Kita mahu sediakan fungsi dalam aplikasi ini serta menerapkan beberapa kemudahan lain,” katanya.


Pengarang :