Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Enam daerah Selangor, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 4 petang

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 25 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang hingga 4 petang ini.

Menerusi maklumat di Facebook rasmi jabatan itu, cuaca sama dijangka berlaku di Perak, Putrajaya dan Negeri Sembilan.

Turut diramal hujan lebat beberapa daerah di Melaka dan Johor.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :