Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dinobatkan sebagai pemaju rumah mampu milik terbaik di Anugerah PropertyGuru Asia ke-10 Malaysia. Foto Facebook PKNS
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PKNS terima anugerah pemaju rumah mampu milik terbaik PropertyGuru Asia

SHAH ALAM, 26 NOV: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dinobatkan sebagai pemaju rumah mampu milik terbaik di Anugerah PropertyGuru Asia ke-10 Malaysia pada 24 November lepas.

Menerusi hantaran di Facebook, PKNS memaklumkan turut menerima Pengiktirafan Khas dalam Reka Bentuk dan Pembinaan Lestari serta Anugerah Pilihan Rakyat.

“Penghargaan ini menandakan lebih daripada sekadar kemenangan. Ia mencerminkan dedikasi teguh kami terhadap amalan mampan, kepuasan masyarakat dan penciptaan ruang kediaman yang berpatutan serta berkualiti tinggi,” katanya.

Menurut PKNS, pengiktirafan tersebut menambah semangat serta azam agensi hartanah itu untuk terus menyedia perumahan lebih kondusif dan mampan kepada rakyat Selangor, khususnya.

“Mari sertai kami dalam melihat masa depan yang dipenuhi dengan kejayaan berterusan dan sumbangan yang memberi impak kepada alam kecemerlangan dan kemampuan,” katanya.

PropertyGuru Group menganjurkan Anugerah PropertyGuru Asia ke-10 Malaysia bagi meraikan agensi pembangunan hartanah serta individu terbaik dalam industri berkenaan.

Acara tahunan kali ke-10 yang dianjur bersama iProperty.com.my itu memberi pengiktirafan kepada pemenang hartanah membabitkan 48 kategori yang dipilih oleh pakar tempatan dan asing serta orang awam.


Pengarang :