SHAH ALAM, 28 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Klang, Selangor sehingga 4 petang ini.
Menurut agensi itu di Facebook, cuaca sama dijangka berlaku di beberapa daerah di Sabah iaitu Tawau, Sandakan dan Kudat.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/11/met-14-500x323.jpg.webp)