Suasana sekitar majlis penutup Karnival Kanak-kanak Negeri Selangor di Dewan Raja Muda Musa Shah Alam pada 28 Mei 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Karnival anak sihat Sabtu ini, banyak aktiviti menarik untuk seisi keluarga

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 30 NOV: Pelbagai aktiviti menarik termasuk saringan kesihatan percuma untuk kanak-kanak disediakan sempena Karnival Anak Selangor Anak Sihat pada Sabtu ini.

Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata program anjuran bersama Kerajaan Negeri, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan pusat khidmat parlimen itu berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ijok, dari 9 pagi hingga 1 tengah hari.

“Antara pengisian karnival ialah kaunseling pemakanan dan minda sihat, pameran kesihatan serta saringan kesihatan percuma untuk kanak-kanak.

“Turut diadakan permainan interaktif, pertandingan mewarna, lompat tali dan gusti lengan untuk peserta usia tujuh hingga 12 tahun,” kata Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Facebook.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan karnival yang pasti memberi pendekatan kepada ibu-bapa dan juga anak-anak selain berpeluang memenangi cabutan bertuah yang disediakan.


Pengarang :