Hujan lebat di sekitar ibu kota Kuala Lumpur pada 18 Julai 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Lapan daerah di Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 2 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di lapan daerah di Selangor hingga 9 malam.

Menurut agensi itu di Facebook, daerah berkenaan adalah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca hujan disertai ribut petir dan angin kencang juga dijangka berlaku di seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya selain beberapa daerah di Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :