Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan air laut turut bergelora. Foto BERNAMA
SELANGOR

Hulu Selangor diramal hujan lebat, ribut petir hingga 7 malam

SHAH ALAM, 3 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di Hulu Selangor sehingga 7 malam ini.

Menurut agensi itu di Facebook, cuaca sama dijangka turut berlaku Pulau Pinang dan beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :