Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan titah dalam Majlis Konvokesyen Putra Business School 2023 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Universiti Putra Malaysia, Serdang pada 4 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

RMS dilantik Canselor Putra Business School, berkenan kurnia ijazah kepada 162 graduan

SERDANG, 4 DIS: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor dilantik sebagai Canselor Putra Business School (PBS) pada Majlis Konvokesyen PBS 2023 hari ini.

Pelantikan Tengku Amir Shah yang berkuatkuasa selama tiga tahun hingga Mac 2026 diumumkan Pengerusi Lembaga Pengarah PBS Dato’ Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan ijazah kepada graduan dalam Majlis Konvokesyen Putra Business School 2023 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia, Serdang pada 4 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Selepas pemahsyuran terbabit, Tengku Amir berkenan mengurniakan ijazah kepada 162 graduan Sijil Lepasan Ijazah Pentadbiran Perniagaan (PGCert), Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Kesemua graduan diraikan dalam majlis penuh istiadat di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.

Sementara itu, presiden dan ketua pegawai eksekutif PBS berkata sejak ditubuhkan pada 2013, PBS menjadi perintis pendidikan pengurusan dan perniagaan bagi program pascasiswazah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Putra Business School Prof Dr Azmawani Abd Rahman berucap ketika Majlis Konvokesyen Putra Business School 2023 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada 4 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Kami menerima akreditasi bertaraf antarabangsa termasuk daripada Association to Advance Collegiate School of Business (AACSB) International selain mempunyai hubungan kukuh dengan industri di peringkat tempatan dan antarabangsa.

“Selain itu, program MBA PBS diiktiraf sebagai teratas di Malaysia bagi program MBA dan ke-24 di Asia oleh QS World University Ranking 2024 sekali gus membuktikan graduan kami mendahului di rantau ini daripada segi kepelbagaian, kebolehpasaran, keusahawanan dan kepemimpinan,” kata Prof Dr Azmawani Abd Rahman.

PBS merupakan institusi sekolah perniagaan milik penuh UPM yang mengendali dan menawarkan kursus dan program pascasiswazah dalam bidang pengurusan dan perniagaan.

Graduan ceria dalam Majlis Konvokesyen Putra Business School 2023 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Universiti Putra Malaysia, Serdang pada 4 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :