AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Amaran hujan lebat hampir semua daerah di Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 6 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hampir disemua daerah di Selangor hingga 7 malam.

Menurut agensi itu di Facebook, daerah terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama diramal melanda seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka selain beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

 

 


Pengarang :