Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Seluruh Selangor, KL diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 7 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 6 petang ini.

Hujan lebat disertai ribut petir dan angin kencang dijangka turut melanda Perlis, Perak dan Melaka serta beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :