AGENDANASIONAL

Tujuh daerah di Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 9 DIS: Hujan lebat diramal melanda tujuh daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Klang, Petaling, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang hingga 6 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat disertai ribut petir turut melanda seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya selain beberapa daerah di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :