Orang ramai memilih pelbagai barangan pada Jualan Ehsan Rahmah DUN Kota Kemuning di Dewan MBSA Pulai pada 16 Oktober 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Seri Serdang antara tiga lokasi Jualan Ehsan Rahmah hari ini

SHAH ALAM, 10 DIS: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menjual barangan asas pada harga murah diadakan di tiga lokasi hari ini.

Jualan dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari berlangsung di Kampung Orang Asli Batu 14, Puchong (DUN Seri Serdang), Parkir Prima Damansara (DUN Bukit Lanjan) dan Kompleks Niaga Sungai Merab (DUN Dengkil).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Pada 22 September, EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata Selangor membelanjakan subsidi berjumlah RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di hampir 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih lima juta rakyat.

Selain menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih setiap hari kecuali Jumaat dan cuti umum, PKPS turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Segi Fresh bagi memperluas capaian kepada penduduk setempat.

Pasar raya itu dilantik sebagai rakan strategik melaksanakan program JER termasuk penyediaan lokasi jualan dan logistik di 55 premis Segi Fresh.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :