EXCO Belia Mohd Najwan Halimi berucap ketika Majlis Penutup Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 di Pusat Konvesyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSJ) pada 10 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

10 hari penganjuran, pesta buku Selangor rekod lebih 250,000 pengunjung

SHAH ALAM, 10 DIS: Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 mencatatkan kehadiran lebih 250,000 pengunjung dalam tempoh 10 hari penganjuran bermula 1 Disember.

EXCO belia berkata peningkatan bilangan pengunjung saban tahun membuktikan pesta buku negeri yang dianjurkan selama 16 tahun sejak 2006 sebelum dijenamakan kepada SIBF, semakin menjadi tumpuan orang ramai dan pempamer antarabangsa.

“Pada tahun ini, SIBF mencatat peningkatan jumlah pengunjung. Malah transaksi jualan pempamer juga meningkat berganda berbanding tahun lepas. Ini membuktikan SIBF adalah acara yang berprestij dan semakin manjadi tumpuan.

“Kerajaan Negeri akan terus beri sokongan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) selaku penganjur dalam merancakkan lagi industri buku sekali gus membudayakan ilmu,” kata Mohd Najwan Halimi.

Beliau beurcap pada majlis penutup SIBF 2023 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Hadir sama Pengarah PPAS Datin Paduka Mastura Muhamad.

EXCO Belia Mohd Najwan Halimi bergambar selepas menerima cek cura dari wakil pelbagai agensi ketika Majlis Penutup Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 di Pusat Konvesyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSJ) pada 10 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Beliau berkata penganjuran SIBF berjaya menggalakkan budaya membaca dan penulisan dalam kalangan rakyat khsususnya di Selangor.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh budaya menuntut ilmu, dan salah satu agenda kerajaan negeri dalam menyokong dan membantu merealisasikan program Tekad Pendidikan #KitaSelangor.

“Malah, sejak diperkenal di peringkat Selangor bermula 2006, ia sangat dinanti-nantikan oleh pencinta buku, pemain industri buku, karyawan, penulis dan ilustrator tempatan saban tahun,” katanya.

SIBF julung kali dianjurkan tahun lalu adalah kesinambungan daripada Pesta Buku Selangor yang dianjurkan selama 16 tahun sejak 2006.

EXCO Belia Mohd Najwan Halimi menyampaikan sijil penghargaan reruai terbaik ketika Majlis Penutup Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 di Pusat Konvesyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSJ) pada 10 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
EXCO Belia Mohd Najwan Halimi menyampaikan sijil penghargaan reruai terbaik ketika Majlis Penutup Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 di Pusat Konvesyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSJ) pada 10 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Najwan Halimi menyampaikan anugerah ilustrasi Yusof Gajah ketika Majlis Penutup Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 di Pusat Konvesyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSJ) pada 10 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
EXCO Belia Mohd Najwan Halimi (tengah) meyaksikan penukaran memorandum persefahaman diantara PPAS dan Dzul Iman ketika Majlis Penutup Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 di Pusat Konvesyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSJ) pada 10 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Kanak- kanak melakukan aktiviti membuat bento ketika Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 di Pusat Konvesyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSJ) pada 10 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :