AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat seluruh Selangor, KL hingga 6 petang

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 12 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat berlaku di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 6 petang ini.

Hujan lebat disertai ribut petir dijangka turut melanda beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :