AGENDANASIONAL

Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 10 malam

SHAH ALAM, 12 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda tiga daerah di negeri ini iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 10 malam.

Hujan lebat disertai ribut petir dijangka turut melanda seluruh Kuala Lumpur dan Pulau Pinang selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :