DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap Fuad Kouichi Honda (kiri) di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 12 Disember 2023. Foto Facebook Selangor Royal Office
SELANGOR

Sultan berkenan terima menghadap pakar kaligrafi Arab dari Jepun

SHAH ALAM, 13 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap pakar kaligrafi Arab dari Jepun.

Selangor Royal Office di Facebook memaklumkan pertemuan Baginda dengan Fuad Kouichi Honda berlangsung di Istana Bukit Kayangan di sini semalam.

“Beliau yang juga presiden Japan Arabic Calligraphy Association (Jaca) tersohor di seluruh dunia dengan karya kaligrafi surah daripada al-Quran.

“DYMM Tuanku Sultan amat tertarik dengan karya-karya beliau khususnya sebuah hasil nukilan yang disembahkan kepada Baginda, sebuah poster kaligrafi Ayatul Kursi,” tulisnya.


Pengarang :