Jalan di hadapan stesen minyak Shell Bandar Baru Sri Klebang, Chemor dinaiki air susulan hujan lebat pada 13 Disember 2023. Foto Facebook VIRAL PERAK
AGENDANASIONAL

Perak kembali banjir, 20 mangsa berlindung di PPS sejak malam tadi

IPOH, 14 DIS: Sebanyak 20 mangsa banjir daripada 10 keluarga di Larut Matang dan Selama dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi susulan hujan lebat lewat petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak memaklumkan kesemua mangsa yang terdiri daripada penduduk Kampung Matang Gelugor itu ditempatkan di PPS Masjid Al-Wusta, Batu 8.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir akan berlaku di kawasan Hulu Perak hari ini.

Laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan aras Sungai Bidor di Changkat Jong pula melepasi paras bahaya dengan 3.57 meter pagi ini berbanding paras normal iaitu 2 meter.

– BERNAMA


Pengarang :