Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial Malaysian Meteorological Department serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan berterusan di negeri pantai Timur, Johor dan Sabah mulai hari ini

KUALA LUMPUR, 15 DIS: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di seluruh Kelantan dan Terengganu, hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan berterusan juga akan berlaku di beberapa kawasan di Pahang, Johor dan Sabah bermula hari ini hingga Selasa.

Di Pahang, kawasan terlibat adalah Rompin manakala di Johor membabitkan Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu, di Sabah kawasan terlibat ialah Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud di Bahagian Pantai Barat selain Telupid, Beluran, Sandakan dan Kudat.

– BERNAMA


Pengarang :