AGENDANASIONAL

KL, enam daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 16 DIS: Enam daerah di negeri ini iaitu Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang diramal mengalami hujan lebat hingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat disertai ribut petir turut melanda Kuala Lumpur dan Putrajaya selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :