AGENDANASIONAL

Klang, Sepang antara enam daerah diramal hujan lebat hingga 4 petang

SHAH ALAM, 19 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan enam daerah di Selangor mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 4 petang ini.

Menerusi makluman di Facebook, daerah berkenaan meliputi Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Cuaca sama diramal berlaku di Putrajaya serta beberapa daerah di Perak, Kelatan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :