AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di KL, Selangor hingga 10 malam

SHAH ALAM, 18 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan angin kencang melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 10 malam ini.

Cuaca sama dijangka melanda beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :