SHAH ALAM, 19 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang sehingga 1 pagi ini.
Menerusi makluman di Facebook, keadaan sama diramal berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya dan beberapa daerah di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.