Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Klang, Sepang antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 8 malam

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 22 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda lima daerah di Selangor sehingga 8 malam ini.

Menurut agensi itu di Facebook, daerah berkenaan adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Cuaca sama dijangka melanda seluruh Melaka dan Labuan selain beberapa daerah di Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :