Penduduk gugusan pulau di kawasan Tumpat dan pinggir pantai Kota Bharu, Kelantan melakukan rutin harian mereka seperti biasa meskipun dalam keadaan cuaca hujan dan awan gelap di Jeti Kuala Besar pada 14 Disember 2023. Foto Facebook BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu, Kelantan mulai esok

KUALA LUMPUR, 22 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) di seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan bermula esok hingga Isnin (25 Dis).

Menurut kenyataan MetMalaysia, di Kelantan, amaran hujan berterusan tahap buruk itu dijangka berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Selain itu, amaran hujan berterusan (waspada) turut dikeluarkan yang diramalkan berlaku di Jeli dan Gua Musang, Kelantan dan Pahang melibatkan Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin hingga Isnin depan, manakala Mersing dan Kota Tinggi di Johor dijangka berlaku hingga esok.

Amaran sama turut dikeluarkan berkuat kuasa pada Ahad hingga Isnin melibatkan keseluruhan Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling) dan Perak (Hulu Perak dan Kuala Kangsar).

Sementara itu, amaran hujan lebat peringkat kuning bagi Johor (Kluang, Kulai dan Johor Bharu) ditamatkan.

-BERNAMA


Pengarang :