AGENDAJENAYAH

Warga asing ditahan bantu siasatan kes bunuh di Genting Highlands

KUALA LUMPUR, 23 DIS: Lelaki warga asing ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki warga tempatan di sebuah hotel di Genting Highlands semalam.

Ketua Polis Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata suspek berumur 45 tahun itu ditahan di kawasan berdekatan hotel terbabit pada hari sama.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang untuk proses bedah siasat dan siasatan awal mendapati terdapat kesan pergelutan pada tubuh mangsa.

“Mangsa berumur 51 tahun merupakan seorang ahli perniagaan dan mempunyai 23 rekod kes jenayah lampau termasuk dadah. Keputusan bedah siasat dijangka diperoleh lewat petang ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaiham berkata suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

– BERNAMA


Pengarang :