Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Klang, Kuala Langat, Sepang diramal hujan lebat hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 23 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramal hujan lebat melanda Klang, Kuala Langat dan Sepang di Selangor hingga 1 pagi.

Cuaca hujan disertai angin kencang dijangka turut melanda Putrajaya dan Melaka selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :