Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Amaran hujan lebat lima daerah Selangor hingga 9 malam

SHAH ALAM, 31 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda lima daerah di Selangor sehingga 9 malam ini.

Menurut agensi itu di Facebook, daerah berkenaan ialah Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Cuaca sama diramal berlaku di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan beberapa daerah di Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak serta Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :