Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Batu Tiga ,Shah Alam pada 20 Ogos 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

PKPS: Jualan murah berhenti seketika, kembali temui orang ramai 15 Januari

SHAH ALAM, 1 JAN: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan program Jualan Ehsan Rahmah (JER) berhenti seketika selama dua minggu mulai hari ini.

Agensi berkenaan menerusi Facebook memaklumkan jualan barangan keperluan asas pada harga murah kembali menjelajah ke serata Dewan Undangan Negeri pada 15 Januari.

“JER akan kembali pada 15 Januari, kami berehat seketika untuk selenggara trak dan susun bekalan. Selamat Menyambut Tahun Baharu 2024,” ucapanya.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM13).

Selain menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih setiap hari kecuali Jumaat dan cuti umum, PKPS turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Segi Fresh bagi memperluas capaian kepada penduduk setempat.

Terbaharu, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti 2023 ekoran kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR)  menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :