Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat hampir seluruh daerah di Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 1 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda enam daerah di Selangor sehingga 7 malam ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan daerah terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling.

Cuaca sama diramal melanda seluruh Kuala Lumpur, Johor dan beberapa daerah di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :