Ketua Pegawai Operasi LZS Ahmad Fadhil Hassan (tiga, kanan) menyerahkan cek cura simbolik penyerahan sumbangan RM1.2 juta bagi menampung kos baik pulih seluruh institusi agama di daerah Hulu Langat dalam satu majlis baru-baru ini. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSISELANGOR

LZS agih RM1.2 juta tampung kos baik pulih seluruh institusi agama di Hulu Langat

SHAH ALAM, 2 JAN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan sumbangan RM1.2 juta bagi menampung kos baik pulih seluruh institusi agama di daerah Hulu Langat sepanjang tahun lalu.

Agensi itu menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, sumbangan berkenaan adalah sebahagian bentuk agihan bantuan dari sumber zakat orang ramai.

“Masjid Teras Jernang di Bandar Baru Bangi menerima RM65,000 manakala Masjid Baitul Rahman di Taman Alam Sari sebanyak RM75,000.

“Selain itu, sepanjang 2023, sebanyak RM1.2 juta telah diagihkan kepada institusi agama seluruh daerah Hulu Langat untuk pelbagai tujuan termasuklah pemasangan karpet, baik pulih surau dan masjid selain sekolah,” maklumnya.

Majlis simbolik penyerahan sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi LZS Ahmad Fadhil Hassan dan Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS Md Yusmizan Yusuf baru-baru ini.


Pengarang :