AGENDANASIONAL

Klang, Sepang antara daerah diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 4 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda enam daerah di negeri ini hingga 7 malam.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan enam daerah tersebut ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Cuaca sama dijangka turut berlaku di Putrajaya selain beberapa daerah di Perak, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Hujan lebat juga boleh berlaku di negeri-negeri lain sekiranya terdapat luruan monsun kuat atau dan wujud sistem cuaca bertekanan rendah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :