Penghantaran kali ketiga barangan bantuan kemanusiaan buat Palestin menerusi Ops Ihsan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa El-Arish, Mesir pada 7.50 pagi waktu tempatan pada Selasa, 19 Disember 2023. Foto Facebook BERNAMA
AGENDAGLOBAL

Arab Saudi salur bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin

RIYADH, 5 JAN: Pesawat ke-37 yang membawa bantuan kemanusiaan Arab Saudi yang dikendalikan Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) pada Jumaat berlepas dari Riyadh menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa El-Arish di Mesir.

Bantuan seberat 23 tan terdiri bekalan makanan, khemah perlindungan dan ubat-ubatan untuk dihantar kepada penduduk Palestin yang terjejas di Semenanjung Gaza, menurut Agensi Berita Arab Saudi.

Sumbangan itu merupakan sebahagian daripada peranan kerajaan Arab Saudi dalam menyokong rakyat Palestin yang sedang menghadapi pelbagai krisis.

– BERNAMA-SPA


Pengarang :