AGENDANASIONAL

Gombak, Hulu Langat antara daerah diramal hujan lebat hingga 11 malam

SHAH ALAM, 8 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat  melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 11 malam ini.

Menurut agensi itu di Facebook, hujan lebat disertai ribut petir juga dijangka berlaku di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :