Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal landa seluruh Selangor, KL hingga 10 malam

SHAH ALAM, 9 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramal hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 10 malam.

Cuaca hujan disertai ribut petir dijangka turut melanda beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Malaysian Meteorological Department

Pengarang :