Penduduk mendapatkan barangan murah ketika Jualan Ehsan Rahmah DUN Meru di Masjid Al Falah Meru pada 15 Januari 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

PKPS buka permohonan anjur jualan murah secara dalam talian

KLANG, 15 JAN: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) membuka permohonan penganjuran Jualan Ehsan Rahmah (JER) secara dalam talian.

Pengurus Besar Sektor Perniagaan dan Pemasarannya Rosnani Abd Malik berkata permohonan itu telah dibuka bagi penganjuran dalam tempoh tiga bulan sehingga Mac.

Pengurus Besar Sektor Perniagaan dan Pemasaran PKPS Rosnani Abd Malik

“Kita telah buka permohonan ini kepada semua pihak seperti wakil rakyat, ketua kampung, pihak berkuasa tempatan, ahli majlis atau jabatan kerajaan.

“Mereka boleh memohon bergantung kepada kemampuan mengendalikan jualan dan tempoh kelulusan adalah dua minggu,” katanya.

Beliau ditemui pada JER kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) Selangor peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru di Masjid al-Falah di sini, hari ini.

Ketua Seksyen Perdagangan Dalam Negeri KPDN Selangor Siti Rohani Omar

Sementara itu, Ketua Seksyen Perdagangan Dalam Negeri KPDN Selangor Siti Rohani Omar berkata setakat ini JER diadakan di 22 lokasi sepanjang Januari.

“Bagi penganjuran setiap lokasi kita sentiasa memantau kualiti produk dibawa dan setakat ini diberi jaminan bahawa semuanya dalam keadaan baik dan memuaskan.

“KPDN Selangor bekerjasama dengan PKPS bagi memastikan program jualan berjalan lancar dan dikendalikan sebaiknya demi masyarakat,” katanya.

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdPswfwt5yMl6KAkSyU4HgwYR3Xnzz7GgHqAQtrpyaQ9Jytjg/viewform


Pengarang :