Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menerima sijil pengiktirafan Wau Kapal sebagai Petunjuk Geografi Negeri Selangor dari Ketua Pengarah MyIPO Kamal Kormin ketika Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 di Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 15 Januari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Wau kapal didaftar harta intelek, diiktiraf identiti Selangor

SHAH ALAM, 16 JAN: Wau kapal diiktiraf sebagai identiti Selangor selepas didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Penyerahan sijil pendaftaran diserahkan Ketua Pengarah MyIPO Kamal Kormin kepada EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah semalam.

Majlis terbabit disaksikan Dato’ Seri Amirudin Shari serta Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Setia Haris Kasim selepas program Amanat Tahun Baharu 2024.

Wau kapal Selangor memiliki ciri sebuah kapal jong Melayu tiang layar, tiang bendera dan bentuk badan yang unik.

Wau tradisional ini dicipta berbeza menggunakan benda ciptaan manusia iaitu kapal berbanding wau lain berunsur alam dan binatang.

Pada November 2021,Borhan memaklumkan wau kapal bakal yang dimainkan sejak turun temurun akan diangkat sebagai wau rasmi negeri bagi kerana melambangkan identiti Selangor.


Pengarang :