Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (duduk, tengah) bergambar bersama barisan EXCO ketika menghadiri sesi pemukiman di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini. Foto X Amirudin Shari
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB, EXCO hadiri sesi pemukiman bincang hala tuju negeri

SHAH ALAM, 23 JAN: Dato’ Menteri Besar bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) mengadakan lawatan kerja dan sesi pemukiman selama empat hari bermula Ahad di Kota Kinabalu.

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan sesi tersebut bagi membincangkan dan mendengar pembentangan beberapa pakar dalam bidang ekonomi, pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

“Insya-Allah kami turut akan melaksanakan kunjungan hormat ke Kerajaan Sabah dalam lawatan ini.

“Kami sebagai Pasukan Selangor akan terus bekerja dan berikhtiar bersama demi negeri Merah Kuning tercinta,” tulisnya di laman X semalam.

Sementara itu, EXCO Belia dan Sukan Najwan Halimi menjelaskan sesi pemukiman tersebut untuk menambah baik dan menyelaras operasi pentadbiran bagi setiap portfolio ahli MMKN.

“Objektif pemukiman juga untuk meneliti menyemak kajian separuh Penggal Pertama (RS-1),” katanya platform media sosial sama.

Sesi berkenaan turut dihadiri pegawai kanan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai daerah, datuk bandar, yang dipertua pihak berkuasa tempatan, ketua jabatan serta agensi berkaitan negeri.


Pengarang :