Pegawai dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan perancangan yang dilakukan bagi menghadapi bencana musim banjir pada sesi sembah taklimat persiapan bencana dan banjir di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Ampang, Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

11 sungai di enam negeri rekod bacaan melebihi paras bahaya takat petang ini

SHAH ALAM, 25 JAN: Sebanyak 11 sungai di enam negeri merekodkan bacaan melebihi paras bahaya setakat 4.30 petang ini.

Berdasarkan data dikongsi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di laman web rasmi publicinfobanjir.water.gov.my, Sungai Rompin di Jambatan Kuantan/Segamat, Rompin di Pahang mencatatkan bacaan 9.76 meter (m) melebihi paras bahaya 9.5m manakala Sungai Lembing di Kuantan merekodkan bacaan 40.78m melebihi paras bahaya 36m.

Di Johor, Sungai Sarang Buaya di Kampung Parit Tengah, Muar merekodkan bacaan 5.37m melebihi tahap bahaya 4m.

Di Kedah, Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar merekodkan bacaan 1.72m melebihi tahap bahaya 1.7m.

“Di Kelantan pula, Sungai Golok di Kampung Jenob (F1), Tanah Merah mencatatkan bacaan 24.35m melebihi tahap bahaya 23.5m.

“Sungai Nal di Kampung Sungai Nal, Kuala Krai merekodkan bacaan 25.29m melebihi tahap bahaya 25m,” katanya.

Sementara di Terengganu, empat sungai merekodkan bacaan tahap bahaya iaitu Sungai Tersat di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu mencatat aras air 23.15m melebihi paras bahaya 21m.

Sungai Dungun di Kuala Jengai, Dungun mencatatkan bacaan 21.01m melebihi tahap bahaya 21m.

Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut merekodkan paras air 37.68m melebihi tahap bahaya 35m manakala Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja, Dungun mencatat 41.31m melebihi tahap bahaya 38.7m.

“Di Sabah, Sungai Kinabatangan di Barek Manis, Kinabatangan merekodkan bacaan 7.75m melebihi paras bahaya iaitu 6.5m,” katanya.


Pengarang :