AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Selangor, KL hingga 7 malam

SHAH ALAM, 25 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 7 malam.

Agensi itu memaklumkan cuaca hujan disertai angin kencang dijangka turut melanda seluruh Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor selain beberapa daerah di Kedah, Pahang dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

.

 

 


Pengarang :