Orang ramai membeli barang keperluan asas murah pada Jualan Ehsan Rahmah (JER) DUN Lembah Jaya di Taman Dagang Jaya, Ampang pada 27 Januari 2024. Foto FITRI HAZIM HAZAM/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

400 ayam, 180 papan telur terjual di jualan murah DUN Lembah Jaya

AMPANG JAYA, 27 JAN: Sebanyak 400 ayam dan 180 papan telur habis terjual dalam tempoh kurang dua jam pada Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Taman Dagang Jaya di sini hari ini.

Penyelia Unit Jualan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berkata ratusan pengunjung beratur seawal 7.30 pagi pada program peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya.

Penyelia Unit Jualan PKPS, Muhammad Farid Mustafa

“Sebanyak 180 pek ikan juga habis terjual kurang dua jam dan kita jangkakan produk lain seperti beras Ehsan PKPS dan daging akan terjual memandangkan bilangan dibawa untuk hari ini makin berkurang.

“Sebanyak 200 nombor giliran habis diagihkan sebelum program bermula jam 10 pagi menunjukkan sambutan hari ini sangat mengalakkan,” kata Muhammad Farid Mustafa.

ADN Lembah Jaya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (Altimet)

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Lembah Jaya Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet berkata hampir 3,000 penduduk menerima manfaat lapan 8 kali penganjuran JER di DUN berkenaan sejak Ogos lalu.

“Sejak mendapat mandat, saya lihat JER sentiasa meriah dan barangan akan habis terjual. Minggu lalu diadakan di Pusat Khidmat DUN kami menerima kehadiran 600 pengunjung.

“Saya juga berhasrat untuk menambah produk jualan pada program JER di Lembah Jaya yang seterusnya iaitu makanan fibre seperti sayur-sayuran. Saya akan usahakan untuk bekerjasama dengan PKPS,” katanya.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :