MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor serta beberapa negeri.
AGENDANASIONAL

Kuala Selangor, Hulu Langat antara kawasan dilanda ribut petir hingga malam esok

KUALA LUMPUR, 28 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku beberapa kawasan di empat negeri hingga 11 malam esok.

MetMalaysia dalam kenyataan malam ini memaklumkan kawasan terbabit termasuk Kuala Selangor dan Hulu Langat (Selangor), Jelebu (Negeri Sembilan) dan Mersing (Johor).

Keadaan serupa dijangka berlaku di Sarawak meliputi Kuching, Serian dan Samarahan bagi tempoh sama.

-BERNAMA


Pengarang :