Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Mohamad Zahri Samingon berucap ketika Majlis perasmian Program Tekad Pendidikan #KitaSelangor: Karnival Eksplorasi STEM Negeri Selangor 2023/2024 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 29 Januari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Galak tabungan pendidikan, negeri belanja RM200,000 daftar SSPN pelajar asnaf

SHAH ALAM, 29 JAN: Sejumlah RM200,000 bakal diagih kepada 200 pelajar asnaf tahun ini menerusi sumbangan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Timbalan setiusaha Kerajaan Negeri (pengurusan) berkata menerusi inisiatif yang diperkenalkan tahun lalu, pelajar berkenaan layak menerima sumbangan RM1,000 seorang.

“Usaha ini adalah antara langkah Kerajaan Negeri untuk menggalakkan pelajar menabung dan menyimpan wang untuk pendidikan pada masa depan.

“Tahun lalu kita pilih pelajar institusi pengajian tinggi tapi kali ini berkemungkinan kepada semua peringkat kerana ini adalah peruntukan pendidikan,” kata Mohamad Zahri Samingon.

Beliau ditemui selepas mewakil Dato’ Menteri Besar merasmikan program Tekad Pendidikan #KitaSelangor: Karnival Eksplorasi STEM peringkat negeri di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini hari ini.

Tahun lalu, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk sejumlah RM325,000 bagi sumbangan Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada 650 mahasiswa asnaf.

Menerima sumbangan RM650 setiap seorang, ia melibatkan 36 pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC), Universiti Selangor (111 penerima) dan Universiti Islam Selangor dengan (118 penerima).

Selain itu, Universiti Putra Malaysia (125 penerima) serta Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi MARA, masing-masing 130 penerima.

imbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Mohamad Zahri Samingon (tiga, kanan) membuat lawatan ke reruai pameran selepas Majlis perasmian Program Tekad Pendidikan #KitaSelangor: Karnival Eksplorasi STEM Negeri Selangor 2023/2024 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 29 Januari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam menunjukkan demostrasi reaksi masa (time reaction) selepas Majlis perasmian Program Tekad Pendidikan #KitaSelangor: Karnival Eksplorasi STEM Negeri Selangor 2023/2024 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 29 Januari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :