Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Denggi meningkat kepada 3,971 kes, Selangor rekod 105 lokasi tumpuan

PUTRAJAYA, 29 JAN: Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 3,971 kes pada Minggu Epidemiologi ke-03 (ME03) 2024 iaitu bagi tempoh 14 hingga 20 Januari 2024 berbanding 3,525 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan hari ini berkata tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan sepanjang tempoh berkenaan.

Dari segi bilangan lokalilti hotspot, beliau berkata jumlahnya menurun kepada 127 berbanding 136 pada minggu sebelumnya, dengan jumlah tertinggi dicatatkan di Selangor 105 lokaliti, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (13), Perak (3) dan Negeri Sembilan (dua).

Bagi survelan chikungunya, Dr Muhammad Radzi berkata terdapat satu kes direkodkan pada ME03 dengan jumlah kumulatif kes berkenaan sehingga kini adalah dua kes.

“Bagi survelan zika, 97 sampel darah telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif,” katanya.

– BERNAMA


Pengarang :