Penduduk mendapatkan barangan murah ketika Jualan Ehsan Rahmah DUN Meru di Masjid Al Falah Meru, Klang pada 15 Januari 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kunjungi jualan murah barangan dapur di tiga lokasi hari ini

SHAH ALAM, 31 JAN: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menjual barangan dapur murah diteruskan di tiga lokasi hari ini.

Bermula 10 pagi, jualan diadakan di gelanggang bola keranjang, Klang Utama (Bandar Baru Klang), Dewan Orang Ramai Kampung Bestari Jaya (Permatang) dan Surau Dinussa’Adah, Solok Seri Perepat 5, Taman Seri Perepat (Meru).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Sebelum ini, PKPS memaklumkan JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :