AGENDANASIONAL

Gombak, Klang, Sepang antara daerah diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 2 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di tujuh daerah di Selangor hingga 7 malam.

Agensi itu memaklumkan daerah terlibat ialah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca hujan disertai angin kencang juga dijangka melanda Kuala Lumpur dan Putrajaya selain beberapa daerah di Perak, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :