Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan dapur pada harga murah di Jualan Ehsan Rahmah (JER) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa di Dewan Orang Ramai Tok Muda, Klang pada 4 Februari 2024. Foto SITI ROHAIZAH ZAINAL/ SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah dinanti, jimat belanja dapur, penduduk hargai

KLANG, 4 FEB: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Dewan Orang Ramai Tok Muda di sini mendapat sambutan apabila penduduk datang awal untuk mendapatkan keperluan harian pada harga murah.

Suri rumah Wahidah Aris, 38, berkata beliau datang sebelum 9 pagi bersama adik Zalifa, 34, kerana menanti jualan murah yang agak lama tidak dianjurkan di Tok Muda, Kapar.

“Kali terakhir saya pergi tahun lalu dan ia dinantikan kerana harga barangan murah berbanding pasaran sekali gus dapat jimat belanja dapur.

Suri rumah Wahidah Aris, 38, pengunjung Jualan Ehsan Rahmah (JER) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa di Dewan Orang Ramai Tok Muda pada 4 Februari 2024. Foto SITI ROHAIZAH ZAINAL/SELANGORKINI

“Selain itu, jualan diadakan berhampiran dengan rumah memudahkan saya membelinya kerana tidak perlu pergi jauh untuk beli keperluan harian,” katanya ditemui pada program itu hari ini.

Kakitangan swasta Borhanuddin Baharuddin, 34, berkata beliau kali pertama datang ke jualan murah itu untuk membawa ibunya membeli keperluan harian.

“Harganya sangat murah berbanding pasaran dan memudahkan penduduk beli barang dapur.

“Bagi saya jualan ini sangat bagus kerana ibu dan warga emas tidak perlu pergi ke kedai yang terletak jauh malah ada antara mereka tiada kenderaan,” katanya.

Kakitangan swasta Borhanuddin Baharuddin, 34, pengunjung Jualan Ehsan Rahmah (JER) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa di Dewan Orang Ramai Tok Muda pada 4 Februari 2024. Foto SITI ROHAIZAH ZAINAL/SELANGORKINI

Sementara itu, tukang potong ayam, Jamal Ahim, 61, berkata ini kali pertama beliau menawarkan khidmat pemotongan ayam di sekitar DUN Sementa berbanding sebelum ini di Kinrara dan Petaling Jaya.

“Sebelum ini saya memang membeli keperluan harian di jualan murah dan PKPS menawarkan membuka payung untuk beri khidmat memotong ayam dengan kadar RM2.

“Saya ambil peluang diberikan ini untuk tambah pendapatan dan alhamdulillah setakat ini dapat menampung belanja rumah. Terima kasih atas peluang diberikan,” katanya.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).


Jamal Ahim, 61, menawarkan khidmat memotong ayam kepada pengunjung Jualan Ehsan Rahmah (JER) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa di Dewan Orang Ramai Tok Muda pada 4 Februari 2024. Foto SITI ROHAIZAH ZAINAL/SELANGORKINI

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS


Pengarang :