Pengusaha produk halia hitam, N Sivasundram (kiri) menerima penerangan berkenaan aplikasi PayHalal ketika program Jelajah Usahawan Digital Selangor siri 4 anjuran Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) di Dewan Dato’ Penggawa Permatang, Kuala Selangor pada 6 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Sidec pelawa penyertaan bagi Anugerah e-Pedagang Utama

KUALA LUMPUR, 6 FEB: Anugerah Peniaga E-Pedagang Utama yang juga platform bagi mengiktiraf perniagaan segmen itu yang cemerlang, kini dibuka untuk penyertaan, kata Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec).

Dalam kenyataannya, anak syarikat Invest Selangor itu berkata anugerah berkenaan khusus bagi pedagang yang telah membuktikan kecemerlangan dan inovasi dalam ruang dagangan digital.

“Ganjaran hadiah yang bernilai RM100,000, termasuk wang tunai, insentif e-dagang eksklusif dan latihan e-dagang komprehensif itu membolehkan Anugerah Peniaga E-Dagang Utama pemacu pedagang terbabit meraih kejayaan dan pengiktirafan,” katanya.

Malah, selain hadiah wang tunai, anugerah itu diperluas dengan kriteria baharu seperti jualan dalam talian, penstriman langsung dan latihan e-dagang yang bertujuan meningkatkan kemahiran dan kehadiran dalam talian.

Agensi kerajaan negeri Selangor itu berkata pedagang e-dagang yang berpangkalan di Malaysia dipelawa mengemukakan penyertaan masing-masing mulai 1 Feb, 2024, mengikut kelayakan dan butiran garis panduan disenaraikan di laman sesawang rasmi Anugerah Peniaga E-Dagang Utama itu.

Tarikh akhir penghantaran penyertaan adalah pada 29 Feb, 2029 diikuti dengan penjurian pada 18-31 Mac, 2024 manakala majlis penyampaian pada 7 Mei, 2024.

Maklumat lanjut mengenainya boleh diperolehi menerusi laman sesawang https://www.sidec.com.my/topecm/

– BERNAMA


Pengarang :