Salah seorang penerima Bingkas Salina Damsah membeli barangan keperluan asas ketika tinjauan Media Selangor di Pasaraya Maju A&A, Gombak pada 15 Ogos 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Bantuan STR RM1 bilion, BINGKAS RM300 bantu ringan beban hidup rakyat

SHAH ALAM, 9 FEB: Rakyat Selangor baik bujang mahupun berkeluarga menerima pelbagai bantuan tunai daripada pentadbiran negeri dan persekutuan bagi meringankan bebanan hidup.

Dato’ Menteri Besar berkata bantuan itu termasuk peruntukan RM1 bilion menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) RM300 sebulan.

“Macam-macam lagi inisiatif yang kita boleh jumpa di bawah Iltizam Selangor Penyayang (ISP).

“Rakyat Selangor boleh buka laman web https://selangorpenyayang.com untuk teroka lebih banyak inisiatif kebajikan yang disediakan Kerajaan Negeri,” katanya menerusi Facebook.

Bermula 2008 selepas memegang tampuk pentadbiran, Kerajaan Negeri menyediakan tujuh program kebajikan bertema Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Skim tersebut bertambah kepada 43 menerusi Inisiatif Peduli Rakyat pada 2017 sebelum penyelarasan dibuat menjadikan 33 bantuan pada 2019.

Sehingga kini, Selangor memiliki 46 pelan kebajikan kepada rakyat menerusi ISP dengan
peruntukan lebih RM600 juta.


Pengarang :